AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Thursday, November 12, 2009

BAHAYA PUJIAN


Siapa yang tidak suka dipuji?...Bukan wanita saja yang suka dipuji...tetapi kaum adam juga, kanak-kanak, orang dewasa, orang tua dan juga orang muda..suka dipuji. Namun hati-hati.....kerana pujian itu ada bahayanya tersendiri.




Kata Imam Ghazali, terdapat enam bahaya pujian: empat pada orang yang memuji dan dua pada orang yang dipuji.


Bahaya Pada Orang yang Memuji:
1. Kemungkinan pujian itu melampau yang akhirnya akan menjadi pendustaan.


2. Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk-nunjuk, atau memuji sekadar menunjukkan bahawa dia akrab tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, yang akhirnya menjadi sifat munafik.


3. Kadangkala manusia mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar atau tidak, yang mungkin perkara itu tidak diselidikinya langsung.



4. Dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka dan tidak menyedari kelemahan diri sendiri, seolah-olah orang yang memuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku...



Bahaya Pada Orang Yang DiPuji:
1. Orang yang dipuji akan terus bongkak dan bangga dengan kebolehan diri sendiri.

2. Orang yang dipuji akan terus leka dengan pujian, lantas mengurangkan usahanya untuk memperbaiki kelemahan diri...


Sebagai Renungan bersama....oleh itu kita hendaklah berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata pujian...jangan sampai kita tergolong dalam suasana mereka yang gilakan pujian ataupun golongan suka memuji kerana bertujuan sesuatu yang tidak disukai oleh Syarak......nauzubillah..minzalik 

 

1 comment:

  1. Terima kasih..semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk memaparkan Ilmu wahyu dari Allah agar sama-sama kita menuju ke jalan yang satu...syurga jannatunnain..amin

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails