AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Monday, December 7, 2009

CONTOHI RESMI burung DALAM CARA MENCARI rezeki


Wahai saudaraku..Percayalah rezeki tidak akan datang bergolek, tetapi harus dicari dan digali. Ibarat pepatah Melayu.."Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Tetapi sedarilah saudaraku..sebaik-baik "REZEKI" datang daripada hasil usaha sendiri mengikut saluran yang halal, bukan mengharapkan simpati atau mengambil kesempatan daripada usaha yang dilakukan oleh orang lain.


Wahai saudaraku..contohilah "RESMI SANG BURUNG", yang selalu keluar dari sarang di awal pagi dengan "perut kosong" tetapi kembali semula ke sarang di waktu senja dengan "perut penuh berisi". Resmi burung ini pernah diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Ibnu Majah, di mana Rasululullah s.a.w bersabda:
   "Contohilah resmi burung, berangkat pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong dan pulang sebelah petang dengan perut yang penuh (kenyang),"


Ketahuilah saudaraku..Islam telah mengajar cara kita menghabiskan masa dalam seharian dengan tiga bahagian. 8 jam untuk mencari rezeki yang halal, 8 jam untuk mengabdikan diri kepada keluarga dan kepada masyarakat, dan 8 jam untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Terdapat sekarang ini segolongan kumpulan tertentu hanya duduk di masjid atau surau dan sanggup keluar meninggalkan anak isteri berpuluh-puluh hari semata-mata kerana hendak mengabdikan diri kepada Allah s.w.t kata mereka...


Ketahuilah saudaraku..Imam Ahmad bin Hambal pernah ditanya seseorang, " Apakah pendapat tuan mengenai orang yang hanya duduk di rumah atau di masjid dan dia berkata, saya tidak akan mengerjakan sesuatu sehingga rezeki datang dengan sendiri,"
Imam Ahmad bin Hambal menjawab: " Orang tersebut sangat bodoh dan tidak faham mengenai agama"


Semoga "RESMI burung DALAM CARA MENCARI rezeki" menjadi pengajaran kepada kita semua. Kata orang "Bukan senang nak menjadi senang" dan "Bukan susah nak menjadi susah" dan" Memang susah nak menjadi senang" asalkan kita menggunakan "AKAL" yang Allah kurnia untuk digunakan untuk mencari rezeki yang halal di dunia yang sementara ini...amin!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails