AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Tuesday, December 22, 2009

MENGENALI sifat-sifat JIN


Ketahuilah saudaraku.. sekarang ini kita sering ditayangkan cerita-cerita yang bersangkutan dengan "ILMU HITAM" ataupun cerita yang berkaitan peranan "JIN" dalam hidup seharian manusia pada zaman dahulu kala. Ramai di kalangan moyang, datuk, nenek kita dahulu kala banyak "bersahabat" dengan makluk "halus" ini terutamanya "JIN". Ada yang menjadikan jin ini sebagai "penunggu" harta mereka, ada yang menggunakannya untuk mendapat kekuatan untuk meneroka tanah dan tidak kurang ada yang bersahabat dengan jin untuk menjadikan diri gagah perkasa, mempunyai ilmu penunduk atau ilmu pemikat anak dara orang. Adakalanya mereka ini boleh hidup sehingga mencecah umur beratus tahun...


Ketahuilah saudaraku.. Sejauhmanakah kita mengetahui sifat-sifat makluk yang dipanggil "JIN" ini?. Allah s.w.t telah menjadikan jin daripada "API" dan mereka berupaya menyerupai dengan berbgai rupa, ada yang menyerupai manusia seperti wanita cantik, berupa binatang seperti ular hitam, anjing, harimau dan berbagai-bagai rupa yang menakutkan. Makhluk jin ini, mereka makan, minum, berkahwin dan berketurunan. Mereka boleh melihat manusia, tetapi manusia tidak dapat melihat mereka. Mereka ini ada yang beriman dan ada yang kafir. Jin yang beriman itu dipanggil "JIN ISLAM" dan yang tidak beriman itu dipanggil "JIN KAFIR" atau dipanggil "SYAITAN". Oleh itu tidak hairanlah kalau manusia yang jahat akhlak dan perangainya selalu kita memberi gelaran kepada mereka "ANAK JIN" atau "ANAK SYAITAN"...Firman Allah dalam surah Al-Hijr:27 yang bermaksud:
      "Dan jin pula kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma."

Juga dalam surah Al-Rahman ayat 15, Allah berfirman:
      "Dan Dia (Allah) telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang"

Ketahuilah saudaraku...Jin ini dijadikan bermacam-macam jenis. Sebagaimana manusia dijadikan Allah berjenis-jenis bangsa, agama, warna kulit dan ada yang baik serta ada yang jahat. Begitu jugalah jin ini terdapat dalam beberapa jenis. Daripada Abu Darda' katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Allah menjadikan jin tiga jenis:
1. Jenis ular, kala jengking dan binatang-binatang yang melata.
2. Jenis seperti angin di udara dan
3. Jenis yang akan dihisab dan menerima balasan.


Dan Allah menjadikan manusia itu juga tiga jenis juga: iaitu;
1. Jenis perangainya seperti bintang (Ramai sekarang ini mereka yang tergolong seperti ini, makan tidak kira dari sumber "HALAL" atau "HARAM". Oleh itu kita lihat gejala "RASUAH" begitu menakutkan dunia amnya malah begitu meruncing berlaku di negara kita yang dilebalkan "NEGARA ISLAM CONTOH". Malah lebih menyedihkan hubungan "SEX" sekarang ini bukan lagi melalui saluran yang sah iaitu ikatan "Akad Nikah", malah sudah menjadi kelaziman anak muda yang suka sama suka melakukannya secara terang-terang. Malah tidak ketinggalan kita mendengar "Golongan Usia Senja" merogol anak cucu sendiri. Malah paling menyedihkan ramai di kalangan "pemimpim negara" disabitkan dengan "salah laku sex". Inilah yang dikatakan golongan yang perangainya seperti binatang.)


2. Jasad mereka seperti jasad anak Adam dan roh-roh mereka seperti roh-roh syaitan (inilah golongan paling ramai sekarang...ramai anak muda dan semua golongan usia tergolong dalam kelompok ini sekarang. Mereka ini jelas seperti ciri-ciri jin,dengan rambut panjang dan bersubang , ada bertatu bagi lelaki, manakala yang perempuannya rambut berwarna-warni, pakian terdedah sana sini. Pada malamnya terkinja-kinja di kelab malam dan pusat karaoke serta merasa megah meneguk "air kencing syaitan". Inilah kemodenan kata mereka...sebenarnya mereka inilah yang digolongkan seperti "Anak Adam dan roh-roh mereka seperti roh-roh syaitan"...nauzubillah minzalik!!!!)


3. Di bawah lindungan Arasy Allah di hari yang tiada lindungan melainkan lindunganNya." (Ini golongan manusia yang beriman dan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Mereka ini manusia yang dijanjikan "SYURGA" tempat tinggal yang kekal abdi yang tiada tandingannya segala apa yang ada di dunia yang pana ini).



Ketahuilah saudaraku...Jin ini mempunyai sifat berkepak, iaitu mereka boleh terbang di udara. Kita sering mendengar cerita "HANTU LANGSIUR" yang berterbangan atau selalu hinggap di pokok-pokok besar atau pokok yang berjuntai akarnya...Daripada Abi Tha'labah Al-Khashi katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
     "Jin ada tiga jenis, iaitu yang mempunyai kepak dan boleh terbang di udara, jenis ular dan anjing, serta jenis yang boleh berpindah-randah dan boleh mendiami (menetap)."


Oleh itu wahai saudaraku...Wajiblah atas tiap-tiap manusia berada dalam keadaan berjaga-jaga bila mana kita menghadapi binatang-binatang "Khasnya" di waktu "gelap" kerana bahawasanya masa itu ialah waktu tersebarnya "Jin-jin" dan bergeraknya syaitan-syaitan. (Termasuklah syaitan-syaitan di kalangan manusia)




Ketahuilah saudaraku...Jin ini juga adakalanya sifat menyerupai binatang, terutama "ANJING". Ini berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang di riwayatkan oleh Abi Qilabah, katanya Nabi sallallah 'alaihi wasallah bersabda:
    "Kalaulah tidak bahawasanya anjing-anjing itu satu umat nescaya aku suruh membunuhnya tetapi aku takut membinasakan satu umat. Bunuhlah anjing yang warnanya "hitam legam" kerana bahawasanya ia adalah jin"



Oleh itu wahai saudaraku...bahawa makhluk yang bernama "JIN" ini mempunyai dan boleh menyerupai dengan bermacam-macam rupa terutama di waktu "Malah yang gelap gulita". Jestru itu kita sebagai seorang muslim hendaklah melazimkn diri kita dengan "BERZIKIR" kepada Allah s.w.t. Kerana zikir ini adalah senjata yang ampuh dan kukuh sebagai "Pelindung" dan "Pendinding" dari gangguan "JIN" dan "SYAITAN" laknatulullah.....Oleh itu janganlah kita menduakan Allah dengan meminta "bantuan" daripada JIN dan SYAITAN.


Dan jangan terlalu berani mencari mereka atau cuba meneroka alam mereka..Biarlah mereka dengan alam mereka dan bagi kita dengan alam kita. Sesungguhnya jika Allah memperlihatkan mereka kepada kita...ada manusia yang tidak senang duduk di dunia  ini. Mereka memula-mula menghuni dunia ini sebelum Nabi Adam dicampak ke bumi...Sesungguhnya bilangan mereka lebih ramai daripada bilangan manusia di dunia ini...semoga kita tidak tergolong dalam makhluk yang berperangi seperti "JIN" dan "SYAITAN"....amin!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails