AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Monday, November 23, 2009

ANTARA kebaikan DAN kejahatan


Ketahuilah saudaraku...janganlah kita merasa bangga diri bila kita banyak melakukan kebaikan. Sedangkan kebaikan yang kita lakukan itu ada maksud disebaliknya. Juga janganlah sesekali merasa menyesal jika kita melakukan kebaikan jauh dari pandangan mata dan pendengaran orang, kerana perbuatan kita itu tidak akan disanjung atau dijunjung.


Percayalah saudaraku...setiap perkara kebaikan yang kita lakukan tidak perlu dari segi penilaian orang. Paling penting setiap perbuatan kebaikan kita lakukan itu mendapat penilaian yang baik di sisi Allah s.w.t. Ini kerana hanya penilaian Allah sahajalah yang paling tepat..kerana Dia maha mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh manusia dan niat mereka disebalik perbuatan itu.


Firman Allah s.w.t. yang berbunyi:
  "Maka sesiapa yang berbuat kebajikan walaupun sebesar zarah, nescaya Dia akan melihatnya. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan walaupun sebesar zarah, nescaya Dia akan melihanya." (Al-Zalzalah:7-8)


Percayalah saudaraku..Ini merupakan janji Allah kepada hamba-hambaNya. Oleh itu jangan menyesal jika kita melakukan kebaikan walaupun tanpa pengetahuan orang ramai. Dan jangan pula merasa "megah dan sombong" bila kita melakukan "sesuatu kejahatan" tanpa pengetahuan orang atau kita menggunakan "orang berpengaruh", atau "hakim yang bijak kelentong" untuk terlepas dari segala pembalasan undang-undang di dunia. Ini kerana tiada sesuatupun perbuatan baik atau jahat yang akan terlepas daripada perhatian Allah s.w.t.


Wahai saudaraku.. Percayalah ganjaran terhadap kebaikan sudah nyata dan balasan terhadap keburukan pula, bukan suatu perkara yang dipandang mudah. Janganlah kita berfikir bahawa kita akan terlepas daripada celaan sekiranya melakukan kejahatan di belakang orang lain. Kita barang kali terlepas daripada hukuman manusia (undang-undang dunia), tetapi percayalah kita tidak akan terlepas daripada "hukuman Allah". Kita mungkin boleh bermuka-muka dengan manusia, seperti bersumpah "di dalam masjid dengan menjunjung Al-Quran"....Tetapi tidak sekali-kali mampu untuk bermuka-muka dengan Allah s.w.t..


Percaya dan yakinlah wahai saudaraku..Balasan bagi "kebaikan" ialah "syurga" iaitu satu tempat yang tidak pernah dilihat oleh mata keindahannya, tidak pernah didengan oleh telingga dan tidak pernah terfikir oleh minda manusia.

Manakala balasan bagi "kejahatan" ialah "NERAKA" iaitu satu tempat yang paling dahsyat ngerinya dan paling menggerunkan bila mendengarnya....oleh itu saudaralah yang berhak menentukannya...sama ada ingin melakukan ..ANTARA kebaikan DAN kejahatan....wallahua'lam!!!!!

1 comment:

  1. pilihla yang mane satu jalan yang ingin kite lalui, syurga atau neraka? oleh itu kite diberi 2 pilihan untuk kite lakkukan sepanjang kite tinggal di atas mukabumi allah yang fana nie, sama ada kebaikan atau kejahatan.. sesungguhnya kebaikan yang disertakan dengan keikhlasan membawa ke syurga dan kejahatan tanpa mendapat pengampunan dari allah membawa kite ke neraka.. jadi pilihala wahai saudara dan saudari.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails