AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Monday, November 16, 2009

IKHLAS dalam PEMBERIAN


Wahai saudaraku...orang Islam. Jika kita berharta atau berada, apa salahnya saudara mengeluarkan sedikit harta tersebut kepada golongan yang memerlukannya..


Percayalah saudaraku...orang Islam. Derma yang saudara keluarkan itu mungkin sedikit sahaja..tetapi sebenarnya ia boleh mengembirakan orang yang sedang dalam kesulitan. Apabila mereka dengan pemberian kita itu, walaupun kadarnya sedikit dipandang mata, tetapi...banyak ganjarannya yang bakal kita perolehi dari Allah s.w.t.


Yakinlah saudaraku..wahai orang Islam. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah:261 yang bermaksud:

"Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, yang pada setiap butir ada seratus biji. Allah melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas KurniaanNya lagi Maha Mengetahui."


Wahai saudaraku...orang Islam. Demikianlah besarnya ganjaran yang dijanjikan Allah kepada mereka yang ikhlas ketika memberi sesuatu.


Tetapi ingat saudaraku...orang Islam.Bila kita memberi..Allah telah memperingatkan bahawa setiap pemberian itu harus dilakukan secara senyap dan bukan dengan cara menunjuk-nunjuk. Tetapi..berapa ramai di kalangan kita yang mengaku beragama Islam..dan dianugerah pangkat kedudukan serta harta kemewahan..apabila menderma, seringkali memanggil pemberita untuk dikeluarkan di dada-dada akhbar. Malah lebih dahsyat dari itu..mengungkit-ngungkit semula atas pemberian mereka itu...mereka ini memberi kerana ada kepentingan sesuatu..bukannya mengharapkan "Hassanah di akhirat kelak"..


Ingatlah wahai saudaraku..orang Islam. Allah akan memberi ganjaran pahala yang tidak ternilai dengan harta kekayaan di dunia ini kepada orang yang ikhlas dalam pemberiannya..bak kata pepatah "Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu"..Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:262, yang bermaksud:

    "Orang-orang yang menafkahkan harta-hartanya ke jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dengan tidak menyakiti perasaan si penerima, mereka memperolehi pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."


Yakinlah wahai saudaraku...orang Islam. Bagi mereka yang "Iklas dalam Pemberian" pasti akan mendapat "GANJARAN" yang "BESAR" dari Allah s.w.t....amin!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails