
"Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika tiap-tiap sembahyang. Makanlah dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tiada mengasihi orang-orang yang berlebih-lebihan melampaui batas".
Makanan yang kita makan setiap hari sebenarnya mengandungi pelbagai nutrien yang berfungsi untuk membekalkan tenaga bagi melaksanakan semua kerja elektrikal saraf, mekanikal otot, pengekalan haba badan serta penyempurnaan keseimbangan badan dan tindakan kimia dalam tubuh badan.
Kekurangan atau pengambilan nutrien yang berlebihan akan mendatangkan keburukan untuk kesihatan tubuh badan. Pengambilan makanan haruslah mengikut sajian yang seimbang yang diukur melalui kumpulan makanan dan mengikut nisbah yang diperlukan oleh setiap individu pada setiap hari.

Awas!!!!makan adalah keperluan, tetapi jika tersalah makan ia boleh merosakkan tubuh badan serta amalan seharian, terutamanya kita malas untuk beribadah kepada yang maha Esa...Oleh itu terdapat beberapa cara bila kita berhadapan dengan makanan:
2. Faham akan tujuan kita makan, iaitu kita makan untuk memberi kesihatan dan tenaga agar
dapat melakukan ibadah kepada Allah dan membuat amal kebajikan dengan selesa. Bukan mendapat tenaga untuk melakukan kejahatan atau perkara mungkar yang dilaknat oleh Allah s.w.t.
3. Makanlah makanan yang baik-baik serta halal sama ada berkaitan dengan sumber pendapatannya dan juga kaedah makanan itu diproses.
4. Yang paling penting, makanlah apabila kita terasa amat lapar dan berhentilah apabila kita mula terasa kenyang.
No comments:
Post a Comment