AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Friday, November 6, 2009

Bahayanya ARAK...


Arak dihukumkan haram kerana ia dianggap salah satu punca kejahatan dan kemaksiatan bagi mereka yang meminumnya. Malah penggunaannya juga haram dalam apa jua bentuk sekali pun.

Firman Allah dalam surah :( Al-Baqarah:219)
"Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakan pada
kedua-duanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi
manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya."

Dalam satu riwayat...Saidina Ali menceritakan, bahawa bapa saudaranya, iaitu Hamzah mempunyai dua ekor unta yang sudah tua. Dia mengumpulkan pohon izkhir (sejenis tumbuhan berbau harum) bersama seorang tukang emas berbangsa Yahudi, mengangkut dengan unta pohon tersebut untuk dijual kepada tukang-tukang emas. Hasil jualan itu digunakan untuk membiayai perkahwinan seorang saudara perempuannya, yang bernama Fatimah.

Hamzah telah meminum arak bersama beberapa orang Ansar lain dan di kalangan mereka terdapat seorang penyanyi w
anita. Wanita itu kemudian telah menyanyikan syair serta membuat tarian gelek yang mengasyikkan sehingga merangsang Hamzah untuk menyembelih seekor untanya. Dia memilih unta yang paling gemuk, lalu disembelih dan diambil hatinya..

Kejadian itu dilihat oleh Syaidina Ali dan beliau merasa jijik dengan perbuatan bapa saudaranya yang sedang mabuk itu. Ali mengadu kepada Rasulullah s.a.w dan baginda datang bejumpa dengan Hamzah bersama Ali dan Zaid bin Haritsah. Rasulullah s.a.w cuba menasihati Hamzah yang sudah mabuk dan hilang pertimbangan akal. Dalam keadaan matanya yang merah menyala, dia mencela Rasulullah s.a.w, " Kamu semua tidak lebih daripada budak (hamba) bapaku!!".

Demikianlah akibatnya bila kita meminum arak...ia boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan akal fikiran yang telah sempurna dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada satu-satunya makhlukNya di m
uka bumi ini.

Rasulullah juga telah memperingatkan kepada umatnya akan bahayanya arak jika diminum...
seperti sabda baginda yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar.

"Khamar (arak) adalah induk keburukan dan salah satu dosa besar.
Sesiapa yan
g meminum arak biasanya dia meninggalkan solat dan
boleh jadi menyetubuh
i ibu dan makciknya sendiri.."

Sebagai pengajaran kepada kita, manusia yang mudah lupa..janganlah jadikan arak itu kita gagal memasuki syurga Allah s.w.t yang penuh dengan nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata, yang tidak pernah didengar oleh telingga dan yang tidak pernah terlintas oleh hati akan hebatnya kenikmatan yang bakal diperolehi oleh penghuni syurga...Seseungguhnya arak yang kita sanjung(terutama golongan elit, koporat dan bangsawan) dan dianggap sebagai lambang status kepada mereka di dunia ini...sebenarnya ianya menjadi hidangan minuman bagi penghuni syurga..


Biar kita tidak minum arak di dunia yang sementara ini...tetapi kita akan minumnya di Syurga nanti.....amin


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails