AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Saturday, November 14, 2009

BERBELANJA CARA ISLAM


Benarkah kata orang...tabiat kaum hawa (wanita) suka berbelanja....Sudah mempunyai banyak pakaian, tetapi masih hendak membeli yang baru..Sudah ada banyak koleksi beg tangan, tetapi masih rambang mata ketika berada di pusat membeli belah...tak ketinggalan yang muslimah yang banyak tudung, tetapi masih suka menambah koleksi tudung..sehinggakan kadangkala tidak dipakai langsung..Apakah semua ini saudaraku..orang Islam!!!!


Sebenarnya.....itulah tabiat manusia yang tidak pernah puas dengan segala apa yang mereka ada. Benarlah mengikut teori ekonomi" Kehendak manusia tidak terhad, sedangkan sumber ekonomi adalah terhad". Sehingga sampai satu tahap manusia lupa diri mencari wang.... tidak kira siang malam, pagi petang...malah ada yang menjual maruah kerana untuk mendapatkan wang untuk memenuhi tuntutan berbelanja mengikut hawa nafsu ....

Ingatlah wahai saudaraku....orang Islam, Agama Islam telah menggariskan kaedah berbelanja yang tersendiri. Pada peringkat individu, sebenarnya setiap orang tidak terlepas daripada tiga keutamaan dalam berbelanja.

Tiga Keutamaan Itu Adalah...

1. Ad-Dharuriyat
    Iaitu keperluan asas yang semestinya dipenuhi oleh setiap orang . Antaranya ialah keperluan makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Semua ini adalah sama di dalam hidup manusia. Dalam erti kata lain, manusia tidak boleh hidup jika keperluan asas ini tidak dipenuhi dahulu.

2. Haajihat

    Iaitu keperluan yang berupa hajat semasa seperti perbelanjaan sampingan seseorang. Antaranya adalah mendapatkan rawatan kesihatan dan insurans nyawa.


3. Tahsiniyat / Kamaliyat
      Iaitu keperluan yang menyempurnakan atau pelengkap kehidupan atau dalam erti kata lain, untuk menjadikan hidup lebih selesa. Antara kelazimannya dalam hidup manusia mereka mahukan perabut, kelengkapan rumah dan makan tambahan serta pakaian yang berkualiti.


Ingatlah wahai saudaraku...orang Islam..Berbelanja itu haruslah berpada-pada, jangan terlalu boros dan jangan pula terlalu kedekut. Seelok-eloknya bersederhanalah ketika berbelanja seperti Firman Allah dalam Surah ai-Furqan:67 yang bermaksud:
        "Dan juga mereka yang diredai Allah itu adalah yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil serta kedekut.; dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara boros dan bakhil itu..."


Semoga dengan paparan ini saudaraku...orang Islam akan sentiasa berwaspada sewaktu kita berbelanja, jangan kita terlalu membazir...kerana perbuatan itu menyamai perbuatan "Syaitan"..
Nauzubillah..minzalik..amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails