AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Sunday, November 15, 2009

MUDAHNYA Mendapat SYURGA


Ketahuilah saudaraku.....orang Islam, Wanita dikatakan antara golongan yang paling mudah memasuki syurga ....Juga ketahuilah saudaraku..orang Islam, wanita juga paling senang mendapat bahagian di neraka!!!!

Wanita mudah memasuki syurga apabila dia membuat kebaikan dan memberi sepenuh ketaatan kepada suaminya yang tercinta. Dan jangan lupa wahai saudaraku..kaum hawa yang beragama Islam..kamu juga mudah untuk mendapat balasan "NAR" apabila kamu mendarhakai dan menghina suamimu sendiri...



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kaum wanita masuk ke neraka, kerana mereka mengkufuri suami. Suami selalunya berbuat baik terhadap isteri, tetapi sekali dia berbuat buruk, isteri terus berkata kepada suaminya: Awak belum pernah berbuat baik kepadaku."

Apa lagi jika seseorang wanita yang cuba meminta cerai daripada suaminya, dia diharamkan mencium bau syurga,....seperti sabda Rasulullah:
"Seseorang wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa hak, nescaya diharamkan baginya mencium bau syurga." (HR: Ahmad Abi Daud, Tarmizi,Ibnu Hibban dan Al-Hakim)



Ketahuilah saudaraku kaum hawa... yang mengaku orang Islam, Kamu juga mudah memasuki syurga jika kamu melakukan perkara seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila seorang isteri melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya, nescaya dia akan dimasukkan ke dalam syurga." (HR: Al-Bazzar daripada Anas)



Selain itu ketahuilah saudaraku kaum hawa...yang mengaku orang Islam, Rasulullah juga ada bersabda yang maksudnya:
"Seseorang isteri yang meninggal dunia dan suaminya reda terhadap dirinya, maka ia akan masuk ke syurga." (HR: Termizi dan Hakim)



Ketahuilah saudaraku kaum hawa...yang mengaku orang Islam..demikianlah mudahnya seorang isteri mendapat bahagiannya di dunia dan diakhirat. Rebutlah peluang yang Allah tawarkan ini kepada kaum hawa yang bergelar "ISTERI".!!!!!!!!dan bukannya menjadi "MENTERI" kepada suaminya...amin

2 comments:

  1. salam
    begitulah mahalnya harga seorang wanita ...
    pilihan di tangan kita..

    ReplyDelete
  2. Tetapi sebaliknya keadaannya di Malaysia tercinta ini...ramai wanita melayu mengaku Islam berpakaian yang terjojol pusat, seluar ketat, sendat, melekat ....nauzubillah..dajauhkan dari ahli kelaurga kita dan wanita2 yang bakal lahir..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails