AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Saturday, November 21, 2009

JANGAN MINTA lekas KEMATIAN


Ketahuilah saudaraku..kematian adalah satu kejadian yang pasti akan berlaku pada setiap insan. Hidup kita ini ibarat suatu "pengembaraan" yang pasti akhirnya sampai ke suatu tujuan. KITA ibarat sedang menaiki "BAS KEMATIAN" yang masing-masing mempunyai distinasi masing-masing. Cepat lambat distinasi "kematian" saudara bergantung kepada jauh atau dekat "tempat kematian" @ "Tarikh kematian" saudara...oleh itu "Janganlah minta lekas kematian berlaku.....

Saudaraku...Kematian bukanlah noktah kehidupan..tetapi ianya adalah perpindahan perjalanan kehidupan kita ke sautu distinasi yang dipanggilan "Alam barzah". Ini alam kehidupan baru kita selepas berlaku "kematian" ataupun meninggalkan alam dunai yang pana ini.

Oleh itu wahai saudaraku..orang Islam. Kehidupan di dunia adalah perjalanan yang paling singkat berbanding dengan perjalanan "alam barzah" dan seterusnya "alam akhirat" yang kekal abadi. Jestru itu, kehidupan di alam dunia ini bukanlah sekadar untuk bersuka ria tau mencapai kepuasan hidup semata-mata. Sebaliknya kehidupan di alam dunia ini adalah "perjuangan" untuk mencari bekalan agar beroleh keredaan hidup di alam "Akhirat" yang kekal abadi...

Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Berapa ramai di kalangan sahabat kita orang yang mengaku beragama Islam sekarang ini, mengambil jalan "pintas" untuk menuju alam barzah dan alam akhirat dengan "membunuh diri"...nauzubillah..minzalik!!! Sesungguhnya perbuatan ini amat dikutuk oleh Allah s.w.t dan kekasihnya Rasulullah s.a.w...
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imm Ahmad dan Hakim; menceritakan bahawa suatu hari bapa saudara Rasulullah yang bernama Abbas "berdoa" supaya Tuhan mengambil nyawanya kerana tidak tahan menanggung kesakitan. Mendengar permintaan bapa saudaranya itu Rasulullah menemui dan menasihatinya:
   "Wahai bapa saudaraku Abbas, janganlah sesekali pakcik berharap untuk cepat mati. Sekiranya pakcik orang yang baik, sepatutnya pakcik berharap supaya dapat terus hidup dan menambahkan kebaikan yang ada. Tetapi seandainya pakcik orang yang banyak berbuat dosa, lebih baik pakcik berdoa untuk hidup lebih lama supaya dapat bertaubat terhadap dosa yang telah dilakukan. Janganlah pakcik berdoa dan berharap agar "lekas mati'."

Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Kata orang "Berpantang mati sebelum ajal". Oleh itu wahai saudaraku..pergunakanlah masa kehidupan di dunia yang singkat ini sebaik-baiknya untuk menambah "AMALAN" yang diredhai oleh Allah s.w.t sebagai "BEKALAN" untuk menuju alam "AKHIRAT" yang kekal abadi...

Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Sebaik-baik manusia,ialah mereka yang "panjang umurnya dan baik pula amalannya". Sabda Rasululllah s.a.w:
   "Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya. Dan sejahat-jahat manusia, ialah orang yang panjang umurnya, tetapi...buruk perbuatannya" (HR: Ahmad dan Tarmizi)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails