AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Saturday, November 7, 2009

BERHIAS RUMAH CARA ISLAM




RUMAH  merupakan tempat perlindungan dan sudah tentu para penghuninya mengharapkan keselesaan, kebahgiaan dan ketenangan.. Selepas seharian penat di pejabat, kita lazimnya akan pulang ke rumah untuk bersama-sama dengan keluarga.

Sebenarnya tidak sukar mencari ketenangan dan kebahgian kerana kesemuanya itu terdapat di sekeliling persekitaran kita. Rasulullah s.a.w bersabda, yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban " Empat unsur yang membawa kebahagiaan, iaitu isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan hati".

Sementara dalam surah an- Nahl: 80, Allah berfirman, "Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan...."

BAGAIMANA  MENDAPAT KETENANGAN DALAM RUMAH KEDIAMAN: 


1. Elakkan menghias rumah dengan perhiasan patung.
    - Ketenangan akan diperolehi dalam rumah kediaman jika dimasuki malaikat rahmat. Untuk membolehkan kediaman dikunjungi oleh malaikat rahmat, elakkan menghias rumah dengan perhiasan patung.
Sabda Rasulullah, " Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
- Juga jangan menghias rumah dengan gambar yang berbentuk lucah seperti gambar wanita bogel atau tidak sempurna berpakaian, atau gambar yang tidak sopan dilihat.


2. Bagaimanapun sekiranya terdapat perhiasan yang berbentuk patung, hendaklah dicacatkan, seperti dipatahkan kepala patung berkenaan.
-  Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan keengganan malaikat Jibrail memasuki rumah Rasulullah s.a.w kerana terdapat sebuah patung di pintu masuk rumah baginda. Pada hari berikutnya, Jibrail masih enggan memasuki rumah baginda sehingga Jibrail berkata kepada Rasulullah s.a.w "Perintahkanlah supaya memotong kepala patong itu". Maka patong itu dipotong sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok. Hadis riwayat (Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban).

3. Perhiasan yang dibenarkan merupakan gambar-gambar yang memaparkan pemandangan alam atau tulisan khat.
- Gambar dan tulisan khat ini boleh menyuntik perasaan insaf akan kebesaran dan keagungan ciptaan Allah s.w.t.

4. Gambar berupa penyanyi yang mendedahkan aurat tidak dibenarkan.
- Ini kerana ia melambangkan keagungan dan perasaan memuja-muja manusia.

5. Islam mengharuskan kita memaparkan foto orang alim atau orang yang mempunyai kelebihan dari ketokohan dan kelebihan ilmu Islam.   
- Gambar-gambar ini diharuskan kerana ia boleh dijadikan contoh  dan akan memberikan semangat kepada orang lain yang memandangnya.

6. Gambar keluarga untuk kenangan dan haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan dalam Islam.


7. Perhiasan berupa pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak tidak dibenarkan.
- Ini kerana boleh menimbulkan sifat riak atau sombong atas kelebihan yang dimiliki oleh seseorang.


8. Bekas acuan atau bekas-bekas kuih raya yang berbentuk haiwan seperti acuan kuih dibenarkan.


9. Perhiasan seperti permaidani yang berlatar belakangkan gambar haiwan dibenarkan, kerana permaidani diletakkan dikedudukan yang rendah atau atas lantai, yang dipijak setiap hari dan tidak membayangkan ianya diagungkan. 

Semoga tips ini dapat membantu anda menghias rumah dengan cara Islam dan sentiasa menjadikan rumah anda..."RUMAHKU...SURGAKU..."...amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails