AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Friday, November 20, 2009

NASIB di kaki TAKDIR



Saudaraku...Janganlah letakkan nasib di kaki takdir dengan berkata, "Sudah suratan takdir Tuhan, apa nak buat..."


Percayalah saudara...orang Islam. Qadaq dan Qadar Allah berada di luar pengetahuan manusia dan tertutup daripada mahluk. Selagi ia belum berlaku, kita tidak akan tahu apa sebenarnya yang tersurat untuk kita. Tidak perlu kita merungut dan mempertikaikan dan perincikan bagaimana sesuatu kejadian itu ditulis oleh Allah.


Wahai saudaraku..orang Islam. Kita sebagai hamba kepadaNYa..hendaklah patuhi perintahNYa dan jauhilah laranganNya. Rasulullah s.a.w yang menjadi kekasih Allah pun terpaksa berusaha pelbagai cara dan memikirkan tektik dan teknik untuk melawan musuh dalam peperangan. Sehingga suatu ketika Rasulullah s.a.w dan para sahabat terpaksa bekerja keras "menggali parit" dalam Peperangan Khandaq.


Dalam Peperangan Uhud..ternyata sekali perancangan Rasulullah itu amat bijak dengan mengatur pasukan pemanah berada di atas bukit Uhud serta baginda berpesan kepada tentera memanah jangan turun atau tinggalkan Bukit Uhud walau dalam apa keadaan sekalipun...Rasulullah juga berusaha mempertahankan dirinya dengan memakai "baju besi" ketika bertempur dalam peperangan. Dengan kata lain, baginda tidak menyerahkan kepada ketentuan Qadaq dan Qadar Allah semata-mata sebelum berusaha bersungguh-sungguh..


Percayalah sauadaraku..orang Islam..Nasib seseorang itu berada di kaki takdirnya. Tetapi kita boleh mengubah takdir itu dengan "memohon doa" kepadaNya. Seperti mana firman Allah dalam Surah al-An'am:59, yang bermaksud:
     "Tiada sehelai daun pun yang gugur tanpa pengetahuanNya.Tidak juga sebutir bijian pun yang jatuh ke tanah yang gelap, dan tidak ada sesuatu yang basah atau kering (semuanya itu termaktub) di dalam kitab yang nyata( dalam pengetahuan Allah)." 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails