AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Sunday, November 22, 2009

BERUSAHALAH berubah MENJADI lebih baik


Ketahuilah saudaraku..orang mukmin selalu dituntut oleh Agama Islam melakukan perubahan dalam diri ke arah yang lebih baik. Perubahan boleh dilakukan dalam apa jua urusan, sama ada urusan di rumah, tanggungjawab di tempat kerja, tanggungjawab sebagai ibubapa atau tanggungjawab sesama jiran tetangga, semuanya harus dilakukan dengan baik.

Kita hendaklah selalu berazam "bahawa hari ini lebih baik daripada semalam" dan "esok akan lebih baik daripada hari ini". Jika kita berpegang kepada "prinsip" di atas ianya akan menjadi satu motivasi kepada diri kita untuk berusaha berubah menjadi lebih baik dalam apa jua yang kita lakukan.


Ketahuilah saudaraku..sebagai seorang manusia yang normal, kita mestilah berusaha dalam memenuhi tututan hidup di dunia ini, bukan sekadar berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir dan qadak serta qadar Allah semata-mata. Berusahalah tanpa jemu, kerana itu tuntutan yang dianjurkan oleh Agama Islam. Firman Allah s.w.t yang mengingatkan hambaNya:
  "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri". (Ar-Ra'd:11)


Ketahuilah saudaraku...kadangkala keupayaan seseorang itu amat terbatas. Tetapi jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk kita tidak mahu melakukan perubahan menjadikannya lebih baik. Berusahalah dengan kadar termampu. Kita tidak boleh berserah kepada takdir, sebelum berusaha bersungguh-sungguh.


Ketahuilah saudaraku...jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh, kita tidak akan tahu kemampuan diri kita sendiri. Ini sesuai dengan Firman Allah:
   " Allah tidak memberatkan seseorang melaikan apa yang terdaya olehnya'" (Al-Baqarah:286)

3 comments:

  1. Blog yang menarik dan bermanfaat dunia dan akhirat.Terima kasih kerana menjadi pengikut blog cpj.Link blog anda telah diletakkan dlm blog cpj.Teruskan berblog.

    ReplyDelete
  2. TQ..sama2 kita bertukar ilmu dan pandang..wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam Sis
    Alhamdulillah,tazkirah untuk saya jua.
    Susah kan nak jaga hati dari berbangga.
    salam aidil adha buat sis sekeluarga.TQ sudi follow teratak saya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails