
Ketahuilah saudaraku...orang Islam. Iblis akan cuba menghasut dan menggoda manusia dengan pelbagai tipu helah dan pujuk rayunya. Iblis ini mempunyai pelbagai tenteranya yang mempunyai pelbagai kepintaran berbeza untuk menggoda manusia.
Askar-askar Iblis ini akan bertebaran ke seluruh pelusuk dunia untuk menghasut anak cucu Nabi Adam. Setiap hari tentera-tentera Iblis akan pulang dan akan melaporkan setiap usaha mereka kepadanya. Masing-masing berkata " Aku telah buat itu, "Aku telah buat begini". Bila mendengar semua laporan dari bala tenteranya...IBLIS tidak puas hati dengan segala usaha anak buahnya...lantas memerahi merek dengan berkata:
"Kamu semua sebenarnya belum melakukan apapun seperti kehendak hatiku..pergi kamu terus menghasut manusia..." Kemudian datang sejenis iblis berpangkat "SYAITAN" melaporkan " Aku telah menggoda sepasang suami isterinya dan aku hanya meninggalkan mereka selepas "kedua-duanya bercerai"."..Mendengar laporan dari Syaitan itu, Iblis segera berbisik kepada syaitan sambil berkata"Engkaulah tenteraku yang paling baik dan pintar"

Ketahuilah suadaraku...orang Islam. Kebelakangan ini kita sering mendengar dan kita sering terbaca di akhbar, kes penceriaan sudah menjadi suatu permainan bagi mereka yang sudah berumah tangga. Adakala mereka merasa bangga bila akhbar melaporkan kes perceraian mereka...
Bagi golongan artis yang menjadi "Idola" anak muda sekarang ini dalam begitu ketara sekali berlaku kes perceraian dalam rumahtangga mereka...seolah-olah perkahwin itu seperti "Pakai baju" sahaja. Bila berkenan pakai...bila dah jemu..buang...nauzubillah..minzalik.
Ketahuilah saudaraku...orang Islam. Penceraianlah satu perkara yang IBLIS "paling sukai". Sekali gus ia adalah usaha terbesar untuk memyemaikan bibit-bibit kehancuran kedamaian di dunia ini. Oleh itu suami isteri harus saling memahami kelehaman pasangan masing-masing, dan cari jalan penyelesaian yang terbaik. Jangan sampai berlaku perceraian.
OLeh itu, suami isteri harus beringat-ingat untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kehancuran rumah tangga, yang sekian lama telah di bina hanya semata-sama termakan dengan pujukan "IBLIS Laknattullah"...nauzubilallah minzlik....amin!!!!!!
BLOG AKAK BAGUSLAH....TERTAWAN SAYA...DENGAN HORMATNYA..SAYA MENJEMPUT AKAK MELAWAT BLOG SAYA...
ReplyDeletehttp://shazrilshaedi.blogspot.com/