Apabila..perniagaan rugi, kesannya syarikat akan ditutup dan kita bakal menanggung hutang yang banyak. Lazimnya kita juga akan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan akan diistiharkan muflis....
Ingatlah sahabatku...Sebenarnya bukan di dunia sahaja kita boleh diistiharkan muflis, malah di akhirat juga begitu keadaannya..
Dalam satu hadis diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada pengikutnya yang bermaksud:
"Tahukah kalian, siapakah yang termasuk dalam golongan orang yang muflis?
Para sahabat menjawab, "Orang yang muflis di antara kami ialah orang yang tiada wang dan tiada harta benda."
Rasulullah s.a.w bersabda lagi...
"Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Serentak dengan itu juga, dia membawa beban dosa di atas kesalahannya yang suka memaki hamun, menuduh orang yang bukan-bukan, memakan harta orang lain, membunuh dan memukul orang."
Baginda menyambung lagi....
" Maka akan dikembalikan amal kebajikannya, lalu diberikan kepada orang yang teraniaya. Jika habis pahala kebajikannya sebelum selesai membayar kesalahannya, akan diambil kesalahan orang yang dianiaya lalu ditimpa ke atasnya. Kemudian dia akan dihumban ke neraka. Segala hukuman adalah adil dan muktamad."
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment