AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Tuesday, November 24, 2009

PENUHI TUNTUTAN PERKAHWINAN


Cuti persekolahan baru bermula, terdapat sana sini mengadakan majlis perkahwinan. Kadangkala kita mendapat lima hingga enam undangan dalam sehari..Biasanya  pada Hari Sabtu dan hujung minggu (hari Ahad) suasana majlis perkahwinan seolah-olah seperti "karnival" tahunan..


Ketahuilah saudaraku..orang Islam yang belum berkahwin? Terdapat beberapa tuntutan dalam perkahwinan. Apabila seorang wanita dan lelaki berkahwin, maka mereka hendaklah memahami tuntutan dalam perkahwinan, iaitu bukan sekadar untuk menyalurkan "kepuasan nafsu seks" semata-mata. Perkahwinan pada hakikatnya bertujuan untuk memanjangkan zuriat, menambah umat Nabi Adam serta berjuang untuk melawan kecenderungan hawa nafsu.


Ketahuilah saudaraku yang ingin berkahwin...Tujuan utama perkahwinan ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan mempertahankan keturunan manusia di muka bumi dengan cara yang "HALAL" bukan melahirkan generasi manusia di muka bumi ini dengan cara "BERZINA" (melahirkan generasi luar nikah). Allah jadikan isteri sebagai ladang kepada suami, dan Allah jadikan suami sebagai ladang kepada isteri..maka bercucuk tanamlah kamu dengan cara yang "HALAL" (lakukanlah hubungan seks secara halal dengan "bernikah")


Ketahuilah saudaraku yang ingin berkahwin...Perkahwinan juga bertujuan untuk mendapatkan keredaan Rasulullah s.a.w dengan memperbanyakkan "UMAT" baginda kelak pada hari kiamat dan akan menjadi kebanggannya di antara umat-umat yang lain. Kelebihan kepada mereka yang berkahwin ialah, perkahwinan dapat melahirkan anak-anak sebagai penyambung zuriat.

Insyaallah anak-anak yang lahir dan dididik dengan agama sehingga menjadi anak yang "SOLEH dan SOLEHAH", akan dapat mendoakan kebahagian ibubapa di dunia dan akhirat. Seperti sabda Rasulullah s.a.w:
   "Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah pahala segala amalannya , melainkan pahala tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematiannya, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh" (HR: Muslim)


Ingatlah wahai saudaraku..yang teringin sangat nak kahwin!!!! Jangalah kamu mengahwini "ENAM" jenis wanita seperti berikut:
1. ANNANAH....iaitu yang selalu "mengeluh". Misalnya tidak ada gunanya mengahwini wanita yang sakit atau sentiasa berpura-pura sakit.


2. MANNANAH....iaitu yang gemar "mengungkit-ngungkit" jasa yang pernah dilakukan kepada suaminya.


3. HANNANAH...iaitu yang selalu "menyatakan rindunya kepada suami atau kekasih yang terdahulu" atau kepada anak dari suami yang terdahulu.


4. HADDAQAH...iaitu yang apabila melihat sesuatu, ia ingin memilikinya dan" mendesak" suami membelinya.



5. BARRAQAH...iaitu yang banyak "menghabiskan waktu" sepanjang hari untuk berhias dan bersolek. Atau isteri yang pemarah dan tidak pernah puas dan selalu makan bersendirian tanpa menunggu suami.



6. SYADDADAH...iaitu wanita yang "cerewet" yang tidak henti-henti bercakap dan suka berbual kosong.


Oleh itu wahai saudaraku..yang teringin sangat nak berkahwin....berhati-hatilah memilih pasangan. Berkahwin ini bukannya seperti kita memakai baju..bila suka kita pakai, bila jemu kita buang. Sesungguhnya "perceraian" itu dihalalkan di dalam Islam..Tetapi ianya suatu perbuatan yang "dikutuk "oleh Allah..sesungguhnya bila suami menceraikan isterinya, maka "bergegarlah" Arasy Allah... nauzubillah..minzalik!!!! "SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT....amin!!!"

Monday, November 23, 2009

ANTARA kebaikan DAN kejahatan


Ketahuilah saudaraku...janganlah kita merasa bangga diri bila kita banyak melakukan kebaikan. Sedangkan kebaikan yang kita lakukan itu ada maksud disebaliknya. Juga janganlah sesekali merasa menyesal jika kita melakukan kebaikan jauh dari pandangan mata dan pendengaran orang, kerana perbuatan kita itu tidak akan disanjung atau dijunjung.


Percayalah saudaraku...setiap perkara kebaikan yang kita lakukan tidak perlu dari segi penilaian orang. Paling penting setiap perbuatan kebaikan kita lakukan itu mendapat penilaian yang baik di sisi Allah s.w.t. Ini kerana hanya penilaian Allah sahajalah yang paling tepat..kerana Dia maha mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh manusia dan niat mereka disebalik perbuatan itu.


Firman Allah s.w.t. yang berbunyi:
  "Maka sesiapa yang berbuat kebajikan walaupun sebesar zarah, nescaya Dia akan melihatnya. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan walaupun sebesar zarah, nescaya Dia akan melihanya." (Al-Zalzalah:7-8)


Percayalah saudaraku..Ini merupakan janji Allah kepada hamba-hambaNya. Oleh itu jangan menyesal jika kita melakukan kebaikan walaupun tanpa pengetahuan orang ramai. Dan jangan pula merasa "megah dan sombong" bila kita melakukan "sesuatu kejahatan" tanpa pengetahuan orang atau kita menggunakan "orang berpengaruh", atau "hakim yang bijak kelentong" untuk terlepas dari segala pembalasan undang-undang di dunia. Ini kerana tiada sesuatupun perbuatan baik atau jahat yang akan terlepas daripada perhatian Allah s.w.t.


Wahai saudaraku.. Percayalah ganjaran terhadap kebaikan sudah nyata dan balasan terhadap keburukan pula, bukan suatu perkara yang dipandang mudah. Janganlah kita berfikir bahawa kita akan terlepas daripada celaan sekiranya melakukan kejahatan di belakang orang lain. Kita barang kali terlepas daripada hukuman manusia (undang-undang dunia), tetapi percayalah kita tidak akan terlepas daripada "hukuman Allah". Kita mungkin boleh bermuka-muka dengan manusia, seperti bersumpah "di dalam masjid dengan menjunjung Al-Quran"....Tetapi tidak sekali-kali mampu untuk bermuka-muka dengan Allah s.w.t..


Percaya dan yakinlah wahai saudaraku..Balasan bagi "kebaikan" ialah "syurga" iaitu satu tempat yang tidak pernah dilihat oleh mata keindahannya, tidak pernah didengan oleh telingga dan tidak pernah terfikir oleh minda manusia.

Manakala balasan bagi "kejahatan" ialah "NERAKA" iaitu satu tempat yang paling dahsyat ngerinya dan paling menggerunkan bila mendengarnya....oleh itu saudaralah yang berhak menentukannya...sama ada ingin melakukan ..ANTARA kebaikan DAN kejahatan....wallahua'lam!!!!!

Sunday, November 22, 2009

BERUSAHALAH berubah MENJADI lebih baik


Ketahuilah saudaraku..orang mukmin selalu dituntut oleh Agama Islam melakukan perubahan dalam diri ke arah yang lebih baik. Perubahan boleh dilakukan dalam apa jua urusan, sama ada urusan di rumah, tanggungjawab di tempat kerja, tanggungjawab sebagai ibubapa atau tanggungjawab sesama jiran tetangga, semuanya harus dilakukan dengan baik.

Kita hendaklah selalu berazam "bahawa hari ini lebih baik daripada semalam" dan "esok akan lebih baik daripada hari ini". Jika kita berpegang kepada "prinsip" di atas ianya akan menjadi satu motivasi kepada diri kita untuk berusaha berubah menjadi lebih baik dalam apa jua yang kita lakukan.


Ketahuilah saudaraku..sebagai seorang manusia yang normal, kita mestilah berusaha dalam memenuhi tututan hidup di dunia ini, bukan sekadar berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir dan qadak serta qadar Allah semata-mata. Berusahalah tanpa jemu, kerana itu tuntutan yang dianjurkan oleh Agama Islam. Firman Allah s.w.t yang mengingatkan hambaNya:
  "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri". (Ar-Ra'd:11)


Ketahuilah saudaraku...kadangkala keupayaan seseorang itu amat terbatas. Tetapi jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk kita tidak mahu melakukan perubahan menjadikannya lebih baik. Berusahalah dengan kadar termampu. Kita tidak boleh berserah kepada takdir, sebelum berusaha bersungguh-sungguh.


Ketahuilah saudaraku...jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh, kita tidak akan tahu kemampuan diri kita sendiri. Ini sesuai dengan Firman Allah:
   " Allah tidak memberatkan seseorang melaikan apa yang terdaya olehnya'" (Al-Baqarah:286)

Saturday, November 21, 2009

JANGAN MINTA lekas KEMATIAN


Ketahuilah saudaraku..kematian adalah satu kejadian yang pasti akan berlaku pada setiap insan. Hidup kita ini ibarat suatu "pengembaraan" yang pasti akhirnya sampai ke suatu tujuan. KITA ibarat sedang menaiki "BAS KEMATIAN" yang masing-masing mempunyai distinasi masing-masing. Cepat lambat distinasi "kematian" saudara bergantung kepada jauh atau dekat "tempat kematian" @ "Tarikh kematian" saudara...oleh itu "Janganlah minta lekas kematian berlaku.....

Saudaraku...Kematian bukanlah noktah kehidupan..tetapi ianya adalah perpindahan perjalanan kehidupan kita ke sautu distinasi yang dipanggilan "Alam barzah". Ini alam kehidupan baru kita selepas berlaku "kematian" ataupun meninggalkan alam dunai yang pana ini.

Oleh itu wahai saudaraku..orang Islam. Kehidupan di dunia adalah perjalanan yang paling singkat berbanding dengan perjalanan "alam barzah" dan seterusnya "alam akhirat" yang kekal abadi. Jestru itu, kehidupan di alam dunia ini bukanlah sekadar untuk bersuka ria tau mencapai kepuasan hidup semata-mata. Sebaliknya kehidupan di alam dunia ini adalah "perjuangan" untuk mencari bekalan agar beroleh keredaan hidup di alam "Akhirat" yang kekal abadi...

Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Berapa ramai di kalangan sahabat kita orang yang mengaku beragama Islam sekarang ini, mengambil jalan "pintas" untuk menuju alam barzah dan alam akhirat dengan "membunuh diri"...nauzubillah..minzalik!!! Sesungguhnya perbuatan ini amat dikutuk oleh Allah s.w.t dan kekasihnya Rasulullah s.a.w...
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imm Ahmad dan Hakim; menceritakan bahawa suatu hari bapa saudara Rasulullah yang bernama Abbas "berdoa" supaya Tuhan mengambil nyawanya kerana tidak tahan menanggung kesakitan. Mendengar permintaan bapa saudaranya itu Rasulullah menemui dan menasihatinya:
   "Wahai bapa saudaraku Abbas, janganlah sesekali pakcik berharap untuk cepat mati. Sekiranya pakcik orang yang baik, sepatutnya pakcik berharap supaya dapat terus hidup dan menambahkan kebaikan yang ada. Tetapi seandainya pakcik orang yang banyak berbuat dosa, lebih baik pakcik berdoa untuk hidup lebih lama supaya dapat bertaubat terhadap dosa yang telah dilakukan. Janganlah pakcik berdoa dan berharap agar "lekas mati'."

Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Kata orang "Berpantang mati sebelum ajal". Oleh itu wahai saudaraku..pergunakanlah masa kehidupan di dunia yang singkat ini sebaik-baiknya untuk menambah "AMALAN" yang diredhai oleh Allah s.w.t sebagai "BEKALAN" untuk menuju alam "AKHIRAT" yang kekal abadi...

Ketahuilah saudaraku..orang Islam. Sebaik-baik manusia,ialah mereka yang "panjang umurnya dan baik pula amalannya". Sabda Rasululllah s.a.w:
   "Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya. Dan sejahat-jahat manusia, ialah orang yang panjang umurnya, tetapi...buruk perbuatannya" (HR: Ahmad dan Tarmizi)

Friday, November 20, 2009

NASIB di kaki TAKDIR



Saudaraku...Janganlah letakkan nasib di kaki takdir dengan berkata, "Sudah suratan takdir Tuhan, apa nak buat..."


Percayalah saudara...orang Islam. Qadaq dan Qadar Allah berada di luar pengetahuan manusia dan tertutup daripada mahluk. Selagi ia belum berlaku, kita tidak akan tahu apa sebenarnya yang tersurat untuk kita. Tidak perlu kita merungut dan mempertikaikan dan perincikan bagaimana sesuatu kejadian itu ditulis oleh Allah.


Wahai saudaraku..orang Islam. Kita sebagai hamba kepadaNYa..hendaklah patuhi perintahNYa dan jauhilah laranganNya. Rasulullah s.a.w yang menjadi kekasih Allah pun terpaksa berusaha pelbagai cara dan memikirkan tektik dan teknik untuk melawan musuh dalam peperangan. Sehingga suatu ketika Rasulullah s.a.w dan para sahabat terpaksa bekerja keras "menggali parit" dalam Peperangan Khandaq.


Dalam Peperangan Uhud..ternyata sekali perancangan Rasulullah itu amat bijak dengan mengatur pasukan pemanah berada di atas bukit Uhud serta baginda berpesan kepada tentera memanah jangan turun atau tinggalkan Bukit Uhud walau dalam apa keadaan sekalipun...Rasulullah juga berusaha mempertahankan dirinya dengan memakai "baju besi" ketika bertempur dalam peperangan. Dengan kata lain, baginda tidak menyerahkan kepada ketentuan Qadaq dan Qadar Allah semata-mata sebelum berusaha bersungguh-sungguh..


Percayalah sauadaraku..orang Islam..Nasib seseorang itu berada di kaki takdirnya. Tetapi kita boleh mengubah takdir itu dengan "memohon doa" kepadaNya. Seperti mana firman Allah dalam Surah al-An'am:59, yang bermaksud:
     "Tiada sehelai daun pun yang gugur tanpa pengetahuanNya.Tidak juga sebutir bijian pun yang jatuh ke tanah yang gelap, dan tidak ada sesuatu yang basah atau kering (semuanya itu termaktub) di dalam kitab yang nyata( dalam pengetahuan Allah)." 

Thursday, November 19, 2009

BEKERJA kerana ALLAH


Ketahuilah saudaraku..wahai orang Islam..Berapa ramai sekarang ini di kalangan kita bekerja semata-mata kerana Allah s.w.t??? Kebanyakan kita bila bangun di awal pagi berasa malas untuk pergi kerja...bila sampai di tempat kerja berapa ramai yang terus bekerja tanpa mengikut waktu yang ditetapkan...


Kadangkala sering kita alami terutama di pejabat-pejabat kerajaan, sewaktu kita datang seawal pagi, bila tepat pukul 8.00 pagi belum kelihatan pegawai yang bertugas di kaunter...atau kita juga sering melihat "fenomina" di mana bila pukul 9.30 pagi sudah ramai "melepak" di kantin....Adakah mereka ini bekerja kerana Allah s.w.t???


Pernah diriwayatkan suatu hari ketika Rasulullah s.a.w duduk-duduk dengan para sahabat, mereka terlihat seorang anak muda sedang bekerja dengan penuh bersemangat. Lalu seorang sahabat berkata:
   "Kesihan anak muda itu. Alangkah bagusnya kalau usia muda dan kekuatannya digunakan untuk fisabilillah"



Mendengar ucapan sahabat itu, lalu Rasulullah bersabda:
  "Jangan kamu semua berkata demikian. sebab orang itu kalau keluarnya dari rumah untuk bekerja bagi menguruskan kehidupan anaknya yang masih kecil, maka dia telah berusaha ke arah "Fisabilillah". Jika dia berusaha untuk dirinya sendiri, tidak sampai meminta-minta (membodek-bodek/ mengampu) kepada orang lain..itu juga fisabilillah.Tetapi jikalau dia bekerja untuk "MENUNJUK-NUNJUK" apa-apa yang dimilikinya atau untuk "BERMEGAH-MEGAH", maka itulah "FISABILILLAH SYAITAN" atau kerana mengikut jalan syaitan. (HR: At-Tabrani)


Oleh itu wahai saudaraku...orang Islam, Mulai saat ini dan mulai detik ini..kita hendaklah bekerja kerana Allah s.w.t...bukan kerana hendak " MEMBODEK BOSS" dan bukan kerana ingin "GANJARAN" semata-mata..Kita tidak kira sama ada di kalangan kaum lelaki atau wanita, hendaklah berusaha dengan keringat sendiri...kerana itulah sebaik-baik rezeki yang kita terima..


Walaupun hasilnya sedikit di pandang mata..tetapi ianya banyak di sisi Allah s.w.t, kerana kita "bekerja dan berusaha dengan penuh iklas kerana Allah...amin!!!!"

Wednesday, November 18, 2009

IBLIS menyemai BIBIT kehancuran


Ketahuilah wahai saudaraku...orang Islam, sejak manusia yang bernama ADAM diciptakan oleh Allah s.w.t..sejak itu IBLIS menjadi "seteru" manusia yang paling hebat di muka bumi ini.Iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t, bahawa dia akan menghasut cucu-cucu Nabi Adam hingga ke hari khiamat. Permohonan iblis ini ditunaikan oleh Allah...
Ketahuilah saudaraku...orang Islam. Iblis akan cuba menghasut dan menggoda manusia dengan pelbagai tipu helah dan pujuk rayunya. Iblis ini mempunyai pelbagai tenteranya yang mempunyai pelbagai kepintaran berbeza untuk menggoda manusia.


 Askar-askar Iblis ini akan bertebaran ke seluruh pelusuk dunia untuk menghasut anak cucu Nabi Adam. Setiap hari tentera-tentera Iblis akan pulang dan akan melaporkan setiap usaha mereka kepadanya. Masing-masing berkata " Aku telah buat itu, "Aku telah buat begini". Bila mendengar semua laporan dari bala tenteranya...IBLIS tidak puas hati dengan segala usaha anak buahnya...lantas memerahi merek dengan berkata:

    "Kamu semua sebenarnya belum melakukan apapun seperti kehendak hatiku..pergi kamu terus menghasut manusia..." Kemudian datang sejenis iblis berpangkat "SYAITAN" melaporkan " Aku telah menggoda sepasang suami isterinya dan aku hanya meninggalkan mereka selepas "kedua-duanya bercerai"."..Mendengar laporan dari Syaitan itu, Iblis segera berbisik kepada syaitan sambil berkata"Engkaulah tenteraku yang paling baik dan pintar" 
Ketahuilah suadaraku...orang Islam. Kebelakangan ini kita sering mendengar dan kita sering terbaca di akhbar,  kes penceriaan sudah menjadi suatu permainan bagi mereka yang sudah berumah tangga. Adakala mereka merasa bangga bila akhbar melaporkan kes perceraian mereka...


Bagi golongan artis yang menjadi "Idola" anak muda sekarang ini dalam begitu ketara sekali berlaku kes perceraian dalam rumahtangga mereka...seolah-olah perkahwin itu seperti "Pakai baju" sahaja. Bila berkenan pakai...bila dah jemu..buang...nauzubillah..minzalik.


Ketahuilah saudaraku...orang Islam. Penceraianlah satu perkara yang IBLIS "paling sukai". Sekali gus ia adalah usaha terbesar untuk memyemaikan bibit-bibit kehancuran kedamaian di dunia ini. Oleh itu suami isteri harus saling memahami kelehaman pasangan masing-masing, dan cari jalan penyelesaian yang terbaik. Jangan sampai berlaku perceraian. 



Percayalah saudaraku...orang Islam. Perkahwinan adalah satu ibadah yang sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Jangan berkahwin hanya sekadar mencari keseronokan dan kepuasan nafsu semata-mata. Jadikanlah perkahwinan itu sebagai penyambung zuriat yang akan mendualatkan Islam di muka bumi Allah s.w.t.


OLeh itu, suami isteri harus beringat-ingat untuk tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kehancuran rumah tangga, yang sekian lama telah di bina hanya semata-sama termakan dengan pujukan "IBLIS Laknattullah"...nauzubilallah minzlik....amin!!!!!!
Related Posts with Thumbnails