AHLAN WAH SAHLAN

Followers

Tuesday, November 24, 2009

PENUHI TUNTUTAN PERKAHWINAN


Cuti persekolahan baru bermula, terdapat sana sini mengadakan majlis perkahwinan. Kadangkala kita mendapat lima hingga enam undangan dalam sehari..Biasanya  pada Hari Sabtu dan hujung minggu (hari Ahad) suasana majlis perkahwinan seolah-olah seperti "karnival" tahunan..


Ketahuilah saudaraku..orang Islam yang belum berkahwin? Terdapat beberapa tuntutan dalam perkahwinan. Apabila seorang wanita dan lelaki berkahwin, maka mereka hendaklah memahami tuntutan dalam perkahwinan, iaitu bukan sekadar untuk menyalurkan "kepuasan nafsu seks" semata-mata. Perkahwinan pada hakikatnya bertujuan untuk memanjangkan zuriat, menambah umat Nabi Adam serta berjuang untuk melawan kecenderungan hawa nafsu.


Ketahuilah saudaraku yang ingin berkahwin...Tujuan utama perkahwinan ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan mempertahankan keturunan manusia di muka bumi dengan cara yang "HALAL" bukan melahirkan generasi manusia di muka bumi ini dengan cara "BERZINA" (melahirkan generasi luar nikah). Allah jadikan isteri sebagai ladang kepada suami, dan Allah jadikan suami sebagai ladang kepada isteri..maka bercucuk tanamlah kamu dengan cara yang "HALAL" (lakukanlah hubungan seks secara halal dengan "bernikah")


Ketahuilah saudaraku yang ingin berkahwin...Perkahwinan juga bertujuan untuk mendapatkan keredaan Rasulullah s.a.w dengan memperbanyakkan "UMAT" baginda kelak pada hari kiamat dan akan menjadi kebanggannya di antara umat-umat yang lain. Kelebihan kepada mereka yang berkahwin ialah, perkahwinan dapat melahirkan anak-anak sebagai penyambung zuriat.

Insyaallah anak-anak yang lahir dan dididik dengan agama sehingga menjadi anak yang "SOLEH dan SOLEHAH", akan dapat mendoakan kebahagian ibubapa di dunia dan akhirat. Seperti sabda Rasulullah s.a.w:
   "Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah pahala segala amalannya , melainkan pahala tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematiannya, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh" (HR: Muslim)


Ingatlah wahai saudaraku..yang teringin sangat nak kahwin!!!! Jangalah kamu mengahwini "ENAM" jenis wanita seperti berikut:
1. ANNANAH....iaitu yang selalu "mengeluh". Misalnya tidak ada gunanya mengahwini wanita yang sakit atau sentiasa berpura-pura sakit.


2. MANNANAH....iaitu yang gemar "mengungkit-ngungkit" jasa yang pernah dilakukan kepada suaminya.


3. HANNANAH...iaitu yang selalu "menyatakan rindunya kepada suami atau kekasih yang terdahulu" atau kepada anak dari suami yang terdahulu.


4. HADDAQAH...iaitu yang apabila melihat sesuatu, ia ingin memilikinya dan" mendesak" suami membelinya.



5. BARRAQAH...iaitu yang banyak "menghabiskan waktu" sepanjang hari untuk berhias dan bersolek. Atau isteri yang pemarah dan tidak pernah puas dan selalu makan bersendirian tanpa menunggu suami.



6. SYADDADAH...iaitu wanita yang "cerewet" yang tidak henti-henti bercakap dan suka berbual kosong.


Oleh itu wahai saudaraku..yang teringin sangat nak berkahwin....berhati-hatilah memilih pasangan. Berkahwin ini bukannya seperti kita memakai baju..bila suka kita pakai, bila jemu kita buang. Sesungguhnya "perceraian" itu dihalalkan di dalam Islam..Tetapi ianya suatu perbuatan yang "dikutuk "oleh Allah..sesungguhnya bila suami menceraikan isterinya, maka "bergegarlah" Arasy Allah... nauzubillah..minzalik!!!! "SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT....amin!!!"

1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM, BEST ENTRI, SELAMAT HARI RAYA QURBAN.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails